Tuesday 15 May 2012

Mama tersayang..

Sejak kecil lagi mama bersama saya. Ketika sunyi jauh dari mama kini, saya mengimbau kembali kenangan ketika kecil. Saya akui, saya tidak faham apa itu sayang. Tapi, mama ajar saya apa itu erti sayang. Seawal pagi, mama akan kejut saya bangun pagi untuk ke sekolah. Menyediakan sarapan dan bekalan untuk waktu rehat. Mama tak lupa bagi duit untuk saya beli makanan walaupun saya bawa bekal. Sebelum pergi ke sekolah, mama akan tarik tangan saya untuk saya salam. Itu cara mama mengajar saya umtuk menghormati orang tua. Mama akan rendahkan badan dan sua pipi mama, saya akan cium pipi mama. 


 Apabila masuk sekolah menengah, mama cuba kawal hidup saya. Mama halang saya keluar tanpa izin dan tanpa pengetahuan dia. Mama cukup menjaga pakaian saya. Saya belum rasa sebenar apa itu kasih. Cuma saya mampu berdoa,
Ya Allah..lembutkanlah hati ku, Ya Allah. Lembutkanlah agar aku mentaati kedua ibu bapa ku.. Makbulkanlah doa mama abah...
 saya tak sedar, setiap hari mama mendoakan kejayaan saya. Saya tidak sedar, setiap kali saya menghadapi ujian PTS, UPSR dan SPM, mama tidak berhenti-henti berdoa. Agar saya sentiasa tenang dan terang hati ketika menghadapi ujian. 



Setelah berada jauh dari mama, saya menghadapi tekanan yang sangat hebat. Baru saya sedar. Saya perlukan mama saya. Setiap kali sujud terakhir, saya minta pada Allah. Saya minta, kejayaan di dunia dan di akhirat. Kejayaan ini untuk mama dan abah. Kerana saya tidak mampu memberi hadiah yang sangat berharga. Mungkin dengan kejayaan saya mampu membalas jasa mama dan abah. Setiap kali gagal dalam ujian, saya menalifon mama. Setiap kali saya sakit, saya mengadu dengan mama. Setiap kali rindu, saya cuba untuk pulang ke rumah dan meminta mama untuk masak makanan kegemaran saya.



 Saya sayang mama. Sejak dari kecil saya tidak mampu untuk mengatakan ayat itu. Saya tiada keberanian untuk mengucapkan kata sayang itu. Setiap kali berpisah dengan mama, saya akan peluk erat-erat badan mama. Saya tak mampu kata, saya tak nak jauh dari mama. 
Tapi saya hanya kata, kchik nak balik rumah minggu depan boleh tak, mama.. Mama akan kata, baru balik rumah dah nak balik lagi? Kchik belajar rajin-rajin. 4tahun ja… sambil mama cium pipi saya.

Betapa besar kasih sayang mama saya….

Saturday 12 May 2012

Awak yang pernah Hadir Dalam Hidup Saya..

kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain..
cukup sekadar awak sebagai guru kepada saya..
cukup sekadar awak orang yang saya hormati..

sejak dari kecil lagi, 
saya mengenali awak..
dalam diam saya kagumi sifat awak..
orang yang bersederhana, lemah-lembut setiap tindakan, malah tutur kata awak sangat terjaga, dan cita-cita awak sungguh tinggi..
suara awak lunak apabila membaca setiap huruf dalam al-Quran..
sungguh lunak hingga menusuk hati saya..
betapa hebatnya ciptaan-Nya..

 awak hadir sementara..
hanya kerana jarak umur antara kita..
benarkan hati terpaut sementara..



Friday 16 March 2012

bila berpacaran...

       Sedang syok mengira jumlah jerawat di muka yang menandakan lanjutan usia saya, (hehe… klentong je.. muka saya bersih ye.. no jerawat!) saya teringat waktu muda saya, waktu saya masih suci dari mengenal erti cinta. Huuuu.. sungguh bahagia. Teringat  waktu sekolah rendah, boleh main kejar-kejar, boleh lompat-lompat, boleh main belasah-belasah ala-ala power rangers siap buat sound affect time kejar pulak tu..go..go..power rangers.. wah…. Benar-benar bahagia… tidak mengenal lagi  erti halal dan haram antara lelaki dan perempuan…


          Tapi apabila usia berganjak ke angka 1 di hadapan, sudah ada dua digit umurnya..cinta mula berputik indah. Of course lah kan, cinta monyet waktu sekolah menengah. Bertambah indah jika dapat kekasih yang famous-amous..kekasih budak sports, kekasih budak intelligent ( kalau sebut markah A berderet-deret tak perlu tanya, waaa~~~~), kekasih budak ketua pengawas (wow~~~ memang melets..). Rasa bangga, bahagia, bengang, apabila orang lain sebut nama kekasih kita itu. tapi cikgu-cikgu selalu cakap, “awak semua tak payah lah nak bercinta-cintun time sekolah ni, dekat U lagi banyak lelaki yang pandai, bijak, intelligent, handsome. Menyesal kamu semua nanti..” waaaa… apabila terdengar ungkapan indah itu, dan-dan nak putus. Dalam erti kata lain, Serius Saya Nak Putus Dengan Awak!


            Mampukah si Saya berputus dengan si Awak? Memang si Saya berjaya putus dengan si Awak tapi tak sampai 1 minggu si Saya mencari cinta baru.. huhu..
  Masuk kolej matrikulasi, bertambah koleksi kekasih-kekasih punya list.. banyak calon maknanya kan.. di matric, selalu Nampak yang cantik-cantik, yang molek-molek, yang comey-comey..sampai rambang mata nak pilih kekasih gelap termasuk pakej memotivasikan diri apabila belajar.. of course lah kan, sambil menyelam minum air, betul tak? Sambil study, mencari cinta untuk mengubat kesunyian..apa tidak nya, sebab jauh dari ibu bapa..tapi pensyarah pula memberi pesanan ringkas dan padat, “matic ni 1tahun je, xpayah lah kamu semua buang masa, lepak-lepak kat kolam dengan buah hati kamu ni.. kat U nanti lebih ramai bakal-bakal dokter, bakal-bakal engineer, bakal-bakal suami yang Berjaya.. kamu akan menyesal nanti bila kamu tak dapat result 4.00, tak dapat lah masuk U pilihan kamu semua..” wa....Pensyarah ni memang membakar semangat untuk belajar…
         Terus balik bilik, masej si Awak.. “ Maaf, kita putus”. Pehhh… patah tumbuh hilang berganti.. si Saya Berjaya putus dengan si Awak. Tapi tak lama si Saya pun dapat Si Awak yang baru..


          Masuk U.. berlambak-lambak kekasih silih berganti… sebab ambil degree, kena belajar sampai 3 ke 4 tahun…kalau terkantoi, alamatnya bertambah semester la jawabnya…


         Itulah hakikat kalau si Saya sudah terbiasa, terkenal dan terbiasa erti cinta. Hidup sentiasa dengan cinta.. tidak boleh hidup tanpa cinta.. betapa kuatnya penangan cinta, sampaikan pasangan si Saya ni silih berganti.. hakikatnya, lagi hebat kepada si Dia yang tidak pernah kenal erti cinta. Tidak pernah mengalami alam percintaan. Hakikatnya, hidup si Dia penuh dengan kebahagian bersama buku-buku dan kejayaan. hakikatnya, si Dia lebih bahagia daripada si Saya.. cintanya untuk yang halal.. sayangnya untuk yang halal.. si Dia tiada dosa kerana cinta haram.. 



Moral value= kepada kawan-kawan yang belum pernah bercinta, tahniah! Anda seorang yang Berjaya. Beruntung kepada kekasih halal anda nanti. Dan jangan bersedih,berduka jika teman-teman anda berpasangan. Sesungguhnya, Allah dah berjanji, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. okey bebeh~~~


Friday 9 March 2012

Tip Agar Doa Dimakbulkan

  1. Berdoa dengan ikhlas dan jujur kepada Allah SWT.
  2. Memulakan dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
  3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
  4. Menghadirkan hati dan bersungguh-sungguh ketika berdoa.
  5. Berdoa dengan khusyuk dan merendahkan diri.
  6. Mengangkat kedua-dua belah tangan.
  7. Berdoa dengan sabar dan tidak terburu-buru menanti jawapan.
  8. Berdoa dalam keadaan susah atau pun  senang.
  9. Jangan sesekali mendoakan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri atau orang lain.
  10. Menghindari berdoa di tempat maksiat.
  11. Berdoa dengan suara yang rendah dan tawaduk.
  12. Menghadap ke arah  kiblat.
  13. Berdoa dalam keadaan berwuduk.
  14. Bertaubat kepada Allah sebelum berdoa.
  15. Menyeru Allah dengan nama-nama-NYA yang mulia. (Asmaul-Husna)
  16. Berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
  17. Merapatkan jari-jari kecuali ibu jari.
  18. Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
  19. Mengaminkan doa yang dibaca.

Monday 20 February 2012

Doa Solat Istikharah

Maksudnya: " Ya Allah, saya memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan saya memohon ketetapan dan kepastian dengan kekuasaan-Mu. 
Saya memohon dengan kelebihan-Mu yang agung. 
Engkaulah yang berkuasa dan hamba-Mu ini tidak punya kuasa. 
Engkau Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. 
Ya Allah, jika Engkau mengetahui perkara ini (lalu menyebutnya) adalah sesuatu yang baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatanku ini, atau ia baik untukku dalam masa terdekat atau masa hadapan, maka tetapkanlah ia untukku dan permudahkanlah ia untukku.
Berkatilah diriku padanya kerana Engkau Maha Mengetahui (sebut seperti sebelum ini). 
Jika ia tidak baik untukku, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkan aku daripadanya. 
Tetapkanlah kebaikan itu kepadaku di mana sahaja kebaikan itu berada, dan redakanlah hatiku dengannya."



 rujukan: Ensiklopidia Solat

Wednesday 15 February 2012

cerita tentang dia


menantikan dia setiap masa.. setiap detik.. hingga kini.. merindui dia..

dan saat kita bersama, renungan mata dia terpancar sinar keikhlasan..  senyuman dia terukir menggambarkan kebahagian.. benar, cinta ini milik dia..

kita tidak banyak berbicara.. kita tidak pernah merancang masa depan.. kita tidak pernah berbicara masa depan kita.. walaupun sudah lama kita bersama.. biarlah Pencipta  menentukan jalan cerita cinta kita..

dia tidak pernah mengingati makanan kegemaran saya. namun, dia masih mengingati kelewatan saya setiap kali berjanji untuk bertemu.. 

dia sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk saya.. untuk dia.. masa depan kami.. 
untuk mencari cinta sejati, cinta yang halal bagi Pencipta..


saya sentiasa berdoa.. dan terus berdoa.. agar cinta ini untuk dia.. selamanya..hingga ke akhirnya, dia terus bersama saya..

Doa Qunut

ya Allah,
berikanlah petunjuk kepadaku bersama dengan orang yang Engkau berikan petunjuk kepada mereka.
berikanlah kesihatan yang afiat kepadaku bersama dengan orang yang Engkau berikan kesihatan yang afiat kepada mereka.
pimpinlah daku bersama dengan orang yang Engkau pimpin.
berkatilah apa yang telah Engkau  berikan kepadaku.
peliharalah diriku daripada keburukan yang telah Engkau tetapkan.
Engkau yang menentukan sesuatu ke atas Engkau.
sesungguhnya tidak menjadi hina orang yang Engkau pimpin, dan tidak akan menjadi mulia orang yang Engkau musuhi.
wahai Tuhan kami, 
sesungguhnya Engkau Maha Berkat dan Maha Tinggi,
maka bagi Mu segala pujian atas apa telah Engkau tetapkan,
dan aku memohon keampunan Mu dan aku bertaubat kepada Mu.
dan selawat dan salam Allah ke  atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi, dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

rujukan:  Ensiklopedia Solat