Tuesday 15 May 2012

Mama tersayang..

Sejak kecil lagi mama bersama saya. Ketika sunyi jauh dari mama kini, saya mengimbau kembali kenangan ketika kecil. Saya akui, saya tidak faham apa itu sayang. Tapi, mama ajar saya apa itu erti sayang. Seawal pagi, mama akan kejut saya bangun pagi untuk ke sekolah. Menyediakan sarapan dan bekalan untuk waktu rehat. Mama tak lupa bagi duit untuk saya beli makanan walaupun saya bawa bekal. Sebelum pergi ke sekolah, mama akan tarik tangan saya untuk saya salam. Itu cara mama mengajar saya umtuk menghormati orang tua. Mama akan rendahkan badan dan sua pipi mama, saya akan cium pipi mama. 


 Apabila masuk sekolah menengah, mama cuba kawal hidup saya. Mama halang saya keluar tanpa izin dan tanpa pengetahuan dia. Mama cukup menjaga pakaian saya. Saya belum rasa sebenar apa itu kasih. Cuma saya mampu berdoa,
Ya Allah..lembutkanlah hati ku, Ya Allah. Lembutkanlah agar aku mentaati kedua ibu bapa ku.. Makbulkanlah doa mama abah...
 saya tak sedar, setiap hari mama mendoakan kejayaan saya. Saya tidak sedar, setiap kali saya menghadapi ujian PTS, UPSR dan SPM, mama tidak berhenti-henti berdoa. Agar saya sentiasa tenang dan terang hati ketika menghadapi ujian. 



Setelah berada jauh dari mama, saya menghadapi tekanan yang sangat hebat. Baru saya sedar. Saya perlukan mama saya. Setiap kali sujud terakhir, saya minta pada Allah. Saya minta, kejayaan di dunia dan di akhirat. Kejayaan ini untuk mama dan abah. Kerana saya tidak mampu memberi hadiah yang sangat berharga. Mungkin dengan kejayaan saya mampu membalas jasa mama dan abah. Setiap kali gagal dalam ujian, saya menalifon mama. Setiap kali saya sakit, saya mengadu dengan mama. Setiap kali rindu, saya cuba untuk pulang ke rumah dan meminta mama untuk masak makanan kegemaran saya.



 Saya sayang mama. Sejak dari kecil saya tidak mampu untuk mengatakan ayat itu. Saya tiada keberanian untuk mengucapkan kata sayang itu. Setiap kali berpisah dengan mama, saya akan peluk erat-erat badan mama. Saya tak mampu kata, saya tak nak jauh dari mama. 
Tapi saya hanya kata, kchik nak balik rumah minggu depan boleh tak, mama.. Mama akan kata, baru balik rumah dah nak balik lagi? Kchik belajar rajin-rajin. 4tahun ja… sambil mama cium pipi saya.

Betapa besar kasih sayang mama saya….

Saturday 12 May 2012

Awak yang pernah Hadir Dalam Hidup Saya..

kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain..
cukup sekadar awak sebagai guru kepada saya..
cukup sekadar awak orang yang saya hormati..

sejak dari kecil lagi, 
saya mengenali awak..
dalam diam saya kagumi sifat awak..
orang yang bersederhana, lemah-lembut setiap tindakan, malah tutur kata awak sangat terjaga, dan cita-cita awak sungguh tinggi..
suara awak lunak apabila membaca setiap huruf dalam al-Quran..
sungguh lunak hingga menusuk hati saya..
betapa hebatnya ciptaan-Nya..

 awak hadir sementara..
hanya kerana jarak umur antara kita..
benarkan hati terpaut sementara..