Friday 27 January 2012

haha.. itu saya.. =)

saya tak nak jadi SUPERMAN...
apabila  kesusahan, orang baru cari saya. =(

saya tak nak jadi WONDERWOMEN...
sebab dia sangat seksi, walaupun dia baik hati selalu tolong orang.

saya tak nak jadi TOM n JERRY...
nanti, saya selalu gaduh-gaduh dengan kawan-kawan saya. tapi best juga jadi macam tom n jerry. gaduh-gaduh manja dengan adik-beradik. haha...saya suka..saya suka..saya suka..

saya tak nak jadi SHINCAN...
nampak seperti comel dan cute, tapi,, pantang nampak gegirl cantik, semua nak mengurat. xmau...xmau...xmau...


saya tak nak jadi POWERANJERS...
pakaian ketat, pas tu kena tukar baju baru ade power. xbest...xbest...xbest...


saya tak nak jadi POOH...
sebab saya tahu makna 'pooh'.. nak tahu ke?? buka kamus.. hahaha~~~


saya tak nak jadi BOBOIBOY...
terbelit-belit lidah nak sebut nama dia. haha~~~ tapi, sedap juga nama dia kan..kan..kan..


saya tak nak jadi BARBIE...
walaupun patung ni cantik. pakai baju cantik-cantik. tapi kenyataannya, tiada manusia seperti dia. memang mustahil dapat bentuk badan macam barbie. betulkan??? betulkan?? betulkan??


saya tak nak jadi ULTRAMAN...
dia sangat kuat. dia bunuh semua raksasa. tapi kuasa dia terhad.. 


saya tak nak jadi BARNIE...
dinesor yang gemuk berwarna unggu. tapi, dia akan mengecil apabila cerita tu nak habis. huhu~~~ =(




saya cuma ingin jadi diri saya, walaupun dari kecil saya terdidik secara tidak langsung dengan cerita-cerita yang mustahil terjadi di muka bumi ini. banyak yang bercanggahan dengan akal manusia. sepatutnya, dari kecil lagi saya diasuh dengan Al-quran dan belajar mengenali Allah. agar apabila saya besar nanti, saya sedar Dia sentiasa membantu saya. Dia sentiasa mengasihi saya. Dia sentiasa bersama saya. Dia sentiasa memberikan apa-apa sahaja yang saya mahu. agar besar nanti, saya tahu yang Dia tempat saya bergantung.

Tuesday 24 January 2012

Benar..

Benar, kadang-kala kita tersilap langkah, kita tersilap berbicara sehingga dia terluka kerana kata. Benar, bukan mudah untuk kita memahami dan mengerti dia setiap kali kita bersama. Benar, apabila kita berjauhan, kita sentiasa merindui dia, mengingati dia, memikirkan dia. Benarkah ini cinta, atau benarkah ini sayang?



Benarkah cinta itu indah?
Benarkah cinta itu buta?
Benarkah cinta itu kejam?
Benarkah cinta itu menyakitkan?
Benarkah cinta itu suci?
Benarkah cinta itu sejati?


Benar cinta itu indah, jika kita sentiasa mengingati Dia. Mengikut segala perintah Dia. Meninggalkan segala larangan Dia. Jagalah hati agar kita tidak terlupa mengingati Dia. Cinta itu benar. Kerana Dia yang melahirkan rasa cinta itu kepada kita. Berdoalah... Berdoalah... Berdoalah... Agar cinta kita halal di sisi Dia.




Thursday 12 January 2012

Doa vs Caci

Dewasa kini, banyak cerita-cerita yang menggemparkan seluruh negara seperti berita amalina yang berubah, berita  lelaki kahwin sejenis dan bermacam-macam lagi..  haha.. ayat sekolah menengah. tak payah nak dewasa pun, kanak-kanak pun sama. Kenapakah??? Apakah??? Cerita apakah??? 

Saya terbacalah komen-komen, status-status, perbualan-perbualan harian masyarakat kita.. kalau ada bab-bab yang tak puas hati, ada sahaja yang mencaci, memaki, menghamun,menghina, meng.. meng.. macam-macam lagi an.. an.. an..  

                  Saya terfikir, bukankah setiap ucapan itu adalah doa?  Kalau kita syok-syok mengutuk, bukankah doa?

huhu... lagi-lagi, kalau mak-mak yang berdoa (berkata-kata)  Allah makbulkan.. kan.. ahhhh.. macam mana kalau mak-mak mengata-ngata.. ahhh.. kan.. kan..


Ustaz-ustaz pun banyak berpesan, panggil anak-anak dengan ucapan yang baik, panggil kawan-kawan dengan ucapan yang baik.... 
tapi kalau orang sesama Islam, tapi kalau orang tu tersilap jalan yang dipilih..
mungkin kita boleh doakan dia agar dia mendapat hidayah dan jalan yang benar. Mungkin kita pun dapat saham pahala mendoakan kebaikan daripada mengeluarkan ucapan yang tidak baik.

Semua itu Allah tentukan, kita hanya merancang. Mungkin kita tak merancang untuk menggunakan ayat yang terbaik ketika marah dan teremosi. Jadi kawal-kawallah ucapan kita. Bukankah, budi bahasa budaya kita.. kan bebeh~~~