Thursday 29 December 2011

Kelebihan membaca Al Mathurat


  1. Tidak dihampiri syaitan
  2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  5. Selamat dari segala sesuatu.
  6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  7. Allah berhak untuk meredhainya
  8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  9. Terhindar daripada syirik.
  10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Doa Al-Ma'thurat

Ya Allah kurniakanlah lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, 
hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.
Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna,
hati yang khusuk ilmu yang berguna, 
keyakinan yang benar-benar mantap.
Ya Allah,
kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul,
selamatkan kami dari merbahaya.
Kami mohon kepadaMu ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa minta jasa orang lain.
Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.
Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami,
keluarga dan anak-anak kami,
serta sesiapa sahaja yang bersama kami.
Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.
Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan minta.
Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad nabi yang mulia,
kepada keluarga baginda dan para sahabat amnya.



tidak semua jiwa mendapat hidayah dan bimbingan Allah, tidak semua jiwa mengetahui cara terbaik dalam mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung. sehingga ramai yang sesat ke lembah kebodohan dan kenistaan hidup yang berpanjangan. sesungguhnya keteguhan jiwa itu dapat dicapai dengan akidah yang kukuh, solat,zikir,doa,istighfar dan ibadat-ibadat yang dianjurkan Allah SWT untuk mengerjakannya.
bibir Rasullulah sentiasa basah dalam zikir, membesarkan dan mengagungkan Yang Maha Mulia, berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. tiada sesuatu yang lebih bererti dalam kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah SWT.
berdoalah dan berharaplah Allah SWT membimbing kita, agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka, berusahalah menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan jiwa dari mengingati Allah, kejarlah untuk memperoleh pahala yang besar.


daripada,As Syahid Imam Hassan Al Banna

Tuesday 20 December 2011

Untuk Si DIa

Si dia, orang pertama yang menyayangi saya, mama saya..
Saya memang anak yang nakal dan manja. Setiap hari buat mama saya risau. Saya selalu kena bebel. Saya selalu kena marah. Pernah banyak kali saya melukakan hati mama saya. Walaupun saya jauh, tapi mama memberikan kepercayaan penuh kepada saya di sini. Kchik  minta maaf mama.  Kchik akan tunaikan permintaan mama..untuk belajar bersungguh-sungguh. Doakan kchik, mama.
Si dia, orang yang pertama mengazankan di telinga saya, abah saya..
Setiap kali saya rasa sedih dengan cubaan dan dugaan ketika usia remaja, abah sentiasa mendengar rintihan saya. Setiap kali rasa gagal menghadapi ujian, abah sentiasa memberi semangat untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal. Kadang-kala kenakalan saya jadi bahan tawa abah. Abah sentiasa ketawa di kala anak dia sedih, gembira dan rindu. Memang rasa rindu ketika ini, walaupun setiap hari bergayut dengan dia.. =)
Si dia, orang yang banyak mengajarku, mendidikku, memahamiku, cikgu-cikgu saya..
Saya cuba sedaya upaya saya untuk membahagian dia. Cikgu Zaharatullail, saya ingat lagi apa yang cikgu pesan, cikgu tak nak apa-apa, tapi cikgu mahukan hadiah segulung ijazah ke master ke phd ke.. hehe.. cikgu-cikgu banyak memberikan semangat saya untuk mengejar kejayaan itu. walaupun sudah berkali-kali saya jatuh tersungkur dalam menghadapi hidup, tapi cikgu-cikgu sentiasa memimpin saya untuk terus mengejar cita-cita saya. Terima kasih cikgu, halalkan ilmu yang cikgu berikan dan doakan saya cikgu, agar saya dapat memberikan hadiah itu kepadamu..
Si dia, orang yang sentiasa di sisi saya, kawan-kawan saya..
Dalam sedar atau tidak sedar, saya selalu melukakan hati dia. Nurul Syamimi Rosidi, teman yang sentiasa mendengar masalah saya dari kecil hingga kini. Banyak rintangan yang pernah kita lalui bersama. Dan awak semakin matang dan bijak dalam membuat keputusan hidup. Semoga cita-cita kita Berjaya. Hazwani Ishak, teman sepermainan dan waktu lapar saya, peneman saya ketika kelaparan. Terima kasih kerana sudi berkongsi hidup dengan saya hingga kini. Halalkan makan, minum dan segala-gala yang saya terambil atau sengaja ambil. Sebab saya kuat makan.. hehe… ^^,
Si dia, orang yang berada di sekeliling saya, sesiapa sahaja..
Saya hanya mampu member sekuntum senyuman. Walau kadang-kala ada yang mengatakan tidak ikhlas di pandangan mata awak. Saya minta maaf.. saya tak berniat menyakiti awak. Kadang-kala saya mendiamkan diri, tegurlah saya. Saya pemalu orangnya, walaupun awak Nampak saya gila-gila. Maafkan saya di atas keterlanjuran saya. Saya doakan Allah merahmati mu..terima kasih, minta maaf, terima kasih, minta maaf.. itu yang mampu saya ucapkan..

Tanpa kita sedar, dia selalu di sisi kita.. tak kira di mana kita berada dan setiap masa dia berada dekat dengan kita. Siapa dia? Orang yang mungkin kita sayangi, orang benar-benar kita sayang, orang yang satu kelas dengan kita, orang yang satu rumah dengan kita dan orang yang sekeliling kita. Tidak kira kita kenali, fahami dan mungkin orang itu tidak kita kenali. Itu lah dia.. tapi kenapa kita perlu, harus, wajib, kena, mesti kita hargai?? Bukankah setiap umat itu bersaudara? Sama ada kita kenali atau tidak, sayang atau benci  atau terserempak di mana-mana, kita perlu hargai dia.

Monday 12 December 2011

my Big brO maKan DamaI



























akhirnya.. my big bro da kahwin.. 
akak mas <3 abang apis
so sweet... =)
walaupun majlis nampak sederhana tapi suasana cukup meriah..
saya, Hazierah Helmey a.k.a Kak Chik mengucapkan:
Selamat Pengantin Baru
Semoga Bahagia dan Dimurahkan Rezeki
Mendapat anak-anak dan cucu-cucu yang soleh
Jangan gaduh-gaduh
hehe... =)








sweeeeeetttt cgtttt,,,, bebeh~~~

Thursday 8 December 2011

BLOGGER... kenapa BloG..


Sejak bila saya, Hazierah Helmey rajin memblog ni? Hehe.. =)
Sejak bilakah??
Tak tahu lah.. tiba-tiba sahaja terdetik di dalam hati ini untuk melakukannya  tanpa berfikir panjang. (ayat novel power punye.. hehe.. ^^,)
Kebiasaannyalah,  saya lihat dalam blog-blog kawan-kawan macam-macam ada..(sorry, bebeh~~~ memang suka perkataan berulang-ulang). Ada yang promot barang-barang. Ada yang letak gambar-gambar yang cantik-cantik belaka, ada yang letak lagu yang best-best, ada yang taip macam-macam cerita, dan macam-macam lagi kejadah yang boleh dilakukan dengan kejadah blog ni an.. an..an..
Soalan saya, kenapa ada blog?
  • Nak famous
  • Nak kongsi pengalaman
  • Nak kongsi cerita-cerita
  • Nak kongsi berita-berita
  • Nak berniaga
  • Nak apa lagi?
  • Jawablah bebeh~~~

Tapi saya?? Diriku tidak mengetahui kenapa diri ini melakukan demikian. Hehehe.. dah mula ayat novel.. Saya tiada jawapan untuk soalan itu.. mungkin sudah takdir kita untuk bertemu di sini.. Mungkinkan?? Mungkinkan?? Mungkinkan?? Tepuk dada.. sakit dada.. wakakaka..


Monday 5 December 2011

my first day.. bebeh~~~

hehe.. macam seronok je ade blog sendiri an..an..an..
macam orang-orang lain, start dengan membaca blog-blog kawan-kawan yang lain..
dan kini Saya, Hazierah Helmey dah berjinak-jinak dalam kejadah ni..
tapi ape kejadahnye diriku memasuki alam maya tak berape bermaya je diriku tengok.. wakaka~~~
"ada hikmah di sebalik kejadian"..
(ayat orang-orang yang redha)


xpolah... saya kan orang yang suka mencuba benda-benda baru..
cecuba-cecuba..