Friday 16 March 2012

bila berpacaran...

       Sedang syok mengira jumlah jerawat di muka yang menandakan lanjutan usia saya, (hehe… klentong je.. muka saya bersih ye.. no jerawat!) saya teringat waktu muda saya, waktu saya masih suci dari mengenal erti cinta. Huuuu.. sungguh bahagia. Teringat  waktu sekolah rendah, boleh main kejar-kejar, boleh lompat-lompat, boleh main belasah-belasah ala-ala power rangers siap buat sound affect time kejar pulak tu..go..go..power rangers.. wah…. Benar-benar bahagia… tidak mengenal lagi  erti halal dan haram antara lelaki dan perempuan…


          Tapi apabila usia berganjak ke angka 1 di hadapan, sudah ada dua digit umurnya..cinta mula berputik indah. Of course lah kan, cinta monyet waktu sekolah menengah. Bertambah indah jika dapat kekasih yang famous-amous..kekasih budak sports, kekasih budak intelligent ( kalau sebut markah A berderet-deret tak perlu tanya, waaa~~~~), kekasih budak ketua pengawas (wow~~~ memang melets..). Rasa bangga, bahagia, bengang, apabila orang lain sebut nama kekasih kita itu. tapi cikgu-cikgu selalu cakap, “awak semua tak payah lah nak bercinta-cintun time sekolah ni, dekat U lagi banyak lelaki yang pandai, bijak, intelligent, handsome. Menyesal kamu semua nanti..” waaaa… apabila terdengar ungkapan indah itu, dan-dan nak putus. Dalam erti kata lain, Serius Saya Nak Putus Dengan Awak!


            Mampukah si Saya berputus dengan si Awak? Memang si Saya berjaya putus dengan si Awak tapi tak sampai 1 minggu si Saya mencari cinta baru.. huhu..
  Masuk kolej matrikulasi, bertambah koleksi kekasih-kekasih punya list.. banyak calon maknanya kan.. di matric, selalu Nampak yang cantik-cantik, yang molek-molek, yang comey-comey..sampai rambang mata nak pilih kekasih gelap termasuk pakej memotivasikan diri apabila belajar.. of course lah kan, sambil menyelam minum air, betul tak? Sambil study, mencari cinta untuk mengubat kesunyian..apa tidak nya, sebab jauh dari ibu bapa..tapi pensyarah pula memberi pesanan ringkas dan padat, “matic ni 1tahun je, xpayah lah kamu semua buang masa, lepak-lepak kat kolam dengan buah hati kamu ni.. kat U nanti lebih ramai bakal-bakal dokter, bakal-bakal engineer, bakal-bakal suami yang Berjaya.. kamu akan menyesal nanti bila kamu tak dapat result 4.00, tak dapat lah masuk U pilihan kamu semua..” wa....Pensyarah ni memang membakar semangat untuk belajar…
         Terus balik bilik, masej si Awak.. “ Maaf, kita putus”. Pehhh… patah tumbuh hilang berganti.. si Saya Berjaya putus dengan si Awak. Tapi tak lama si Saya pun dapat Si Awak yang baru..


          Masuk U.. berlambak-lambak kekasih silih berganti… sebab ambil degree, kena belajar sampai 3 ke 4 tahun…kalau terkantoi, alamatnya bertambah semester la jawabnya…


         Itulah hakikat kalau si Saya sudah terbiasa, terkenal dan terbiasa erti cinta. Hidup sentiasa dengan cinta.. tidak boleh hidup tanpa cinta.. betapa kuatnya penangan cinta, sampaikan pasangan si Saya ni silih berganti.. hakikatnya, lagi hebat kepada si Dia yang tidak pernah kenal erti cinta. Tidak pernah mengalami alam percintaan. Hakikatnya, hidup si Dia penuh dengan kebahagian bersama buku-buku dan kejayaan. hakikatnya, si Dia lebih bahagia daripada si Saya.. cintanya untuk yang halal.. sayangnya untuk yang halal.. si Dia tiada dosa kerana cinta haram.. 



Moral value= kepada kawan-kawan yang belum pernah bercinta, tahniah! Anda seorang yang Berjaya. Beruntung kepada kekasih halal anda nanti. Dan jangan bersedih,berduka jika teman-teman anda berpasangan. Sesungguhnya, Allah dah berjanji, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. okey bebeh~~~


Friday 9 March 2012

Tip Agar Doa Dimakbulkan

  1. Berdoa dengan ikhlas dan jujur kepada Allah SWT.
  2. Memulakan dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
  3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
  4. Menghadirkan hati dan bersungguh-sungguh ketika berdoa.
  5. Berdoa dengan khusyuk dan merendahkan diri.
  6. Mengangkat kedua-dua belah tangan.
  7. Berdoa dengan sabar dan tidak terburu-buru menanti jawapan.
  8. Berdoa dalam keadaan susah atau pun  senang.
  9. Jangan sesekali mendoakan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri atau orang lain.
  10. Menghindari berdoa di tempat maksiat.
  11. Berdoa dengan suara yang rendah dan tawaduk.
  12. Menghadap ke arah  kiblat.
  13. Berdoa dalam keadaan berwuduk.
  14. Bertaubat kepada Allah sebelum berdoa.
  15. Menyeru Allah dengan nama-nama-NYA yang mulia. (Asmaul-Husna)
  16. Berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
  17. Merapatkan jari-jari kecuali ibu jari.
  18. Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa.
  19. Mengaminkan doa yang dibaca.