Tuesday 20 December 2011

Untuk Si DIa

Si dia, orang pertama yang menyayangi saya, mama saya..
Saya memang anak yang nakal dan manja. Setiap hari buat mama saya risau. Saya selalu kena bebel. Saya selalu kena marah. Pernah banyak kali saya melukakan hati mama saya. Walaupun saya jauh, tapi mama memberikan kepercayaan penuh kepada saya di sini. Kchik  minta maaf mama.  Kchik akan tunaikan permintaan mama..untuk belajar bersungguh-sungguh. Doakan kchik, mama.
Si dia, orang yang pertama mengazankan di telinga saya, abah saya..
Setiap kali saya rasa sedih dengan cubaan dan dugaan ketika usia remaja, abah sentiasa mendengar rintihan saya. Setiap kali rasa gagal menghadapi ujian, abah sentiasa memberi semangat untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal. Kadang-kala kenakalan saya jadi bahan tawa abah. Abah sentiasa ketawa di kala anak dia sedih, gembira dan rindu. Memang rasa rindu ketika ini, walaupun setiap hari bergayut dengan dia.. =)
Si dia, orang yang banyak mengajarku, mendidikku, memahamiku, cikgu-cikgu saya..
Saya cuba sedaya upaya saya untuk membahagian dia. Cikgu Zaharatullail, saya ingat lagi apa yang cikgu pesan, cikgu tak nak apa-apa, tapi cikgu mahukan hadiah segulung ijazah ke master ke phd ke.. hehe.. cikgu-cikgu banyak memberikan semangat saya untuk mengejar kejayaan itu. walaupun sudah berkali-kali saya jatuh tersungkur dalam menghadapi hidup, tapi cikgu-cikgu sentiasa memimpin saya untuk terus mengejar cita-cita saya. Terima kasih cikgu, halalkan ilmu yang cikgu berikan dan doakan saya cikgu, agar saya dapat memberikan hadiah itu kepadamu..
Si dia, orang yang sentiasa di sisi saya, kawan-kawan saya..
Dalam sedar atau tidak sedar, saya selalu melukakan hati dia. Nurul Syamimi Rosidi, teman yang sentiasa mendengar masalah saya dari kecil hingga kini. Banyak rintangan yang pernah kita lalui bersama. Dan awak semakin matang dan bijak dalam membuat keputusan hidup. Semoga cita-cita kita Berjaya. Hazwani Ishak, teman sepermainan dan waktu lapar saya, peneman saya ketika kelaparan. Terima kasih kerana sudi berkongsi hidup dengan saya hingga kini. Halalkan makan, minum dan segala-gala yang saya terambil atau sengaja ambil. Sebab saya kuat makan.. hehe… ^^,
Si dia, orang yang berada di sekeliling saya, sesiapa sahaja..
Saya hanya mampu member sekuntum senyuman. Walau kadang-kala ada yang mengatakan tidak ikhlas di pandangan mata awak. Saya minta maaf.. saya tak berniat menyakiti awak. Kadang-kala saya mendiamkan diri, tegurlah saya. Saya pemalu orangnya, walaupun awak Nampak saya gila-gila. Maafkan saya di atas keterlanjuran saya. Saya doakan Allah merahmati mu..terima kasih, minta maaf, terima kasih, minta maaf.. itu yang mampu saya ucapkan..

Tanpa kita sedar, dia selalu di sisi kita.. tak kira di mana kita berada dan setiap masa dia berada dekat dengan kita. Siapa dia? Orang yang mungkin kita sayangi, orang benar-benar kita sayang, orang yang satu kelas dengan kita, orang yang satu rumah dengan kita dan orang yang sekeliling kita. Tidak kira kita kenali, fahami dan mungkin orang itu tidak kita kenali. Itu lah dia.. tapi kenapa kita perlu, harus, wajib, kena, mesti kita hargai?? Bukankah setiap umat itu bersaudara? Sama ada kita kenali atau tidak, sayang atau benci  atau terserempak di mana-mana, kita perlu hargai dia.

3 comments: