Tuesday 24 January 2012

Benar..

Benar, kadang-kala kita tersilap langkah, kita tersilap berbicara sehingga dia terluka kerana kata. Benar, bukan mudah untuk kita memahami dan mengerti dia setiap kali kita bersama. Benar, apabila kita berjauhan, kita sentiasa merindui dia, mengingati dia, memikirkan dia. Benarkah ini cinta, atau benarkah ini sayang?



Benarkah cinta itu indah?
Benarkah cinta itu buta?
Benarkah cinta itu kejam?
Benarkah cinta itu menyakitkan?
Benarkah cinta itu suci?
Benarkah cinta itu sejati?


Benar cinta itu indah, jika kita sentiasa mengingati Dia. Mengikut segala perintah Dia. Meninggalkan segala larangan Dia. Jagalah hati agar kita tidak terlupa mengingati Dia. Cinta itu benar. Kerana Dia yang melahirkan rasa cinta itu kepada kita. Berdoalah... Berdoalah... Berdoalah... Agar cinta kita halal di sisi Dia.




No comments:

Post a Comment