Friday 27 January 2012

haha.. itu saya.. =)

saya tak nak jadi SUPERMAN...
apabila  kesusahan, orang baru cari saya. =(

saya tak nak jadi WONDERWOMEN...
sebab dia sangat seksi, walaupun dia baik hati selalu tolong orang.

saya tak nak jadi TOM n JERRY...
nanti, saya selalu gaduh-gaduh dengan kawan-kawan saya. tapi best juga jadi macam tom n jerry. gaduh-gaduh manja dengan adik-beradik. haha...saya suka..saya suka..saya suka..

saya tak nak jadi SHINCAN...
nampak seperti comel dan cute, tapi,, pantang nampak gegirl cantik, semua nak mengurat. xmau...xmau...xmau...


saya tak nak jadi POWERANJERS...
pakaian ketat, pas tu kena tukar baju baru ade power. xbest...xbest...xbest...


saya tak nak jadi POOH...
sebab saya tahu makna 'pooh'.. nak tahu ke?? buka kamus.. hahaha~~~


saya tak nak jadi BOBOIBOY...
terbelit-belit lidah nak sebut nama dia. haha~~~ tapi, sedap juga nama dia kan..kan..kan..


saya tak nak jadi BARBIE...
walaupun patung ni cantik. pakai baju cantik-cantik. tapi kenyataannya, tiada manusia seperti dia. memang mustahil dapat bentuk badan macam barbie. betulkan??? betulkan?? betulkan??


saya tak nak jadi ULTRAMAN...
dia sangat kuat. dia bunuh semua raksasa. tapi kuasa dia terhad.. 


saya tak nak jadi BARNIE...
dinesor yang gemuk berwarna unggu. tapi, dia akan mengecil apabila cerita tu nak habis. huhu~~~ =(




saya cuma ingin jadi diri saya, walaupun dari kecil saya terdidik secara tidak langsung dengan cerita-cerita yang mustahil terjadi di muka bumi ini. banyak yang bercanggahan dengan akal manusia. sepatutnya, dari kecil lagi saya diasuh dengan Al-quran dan belajar mengenali Allah. agar apabila saya besar nanti, saya sedar Dia sentiasa membantu saya. Dia sentiasa mengasihi saya. Dia sentiasa bersama saya. Dia sentiasa memberikan apa-apa sahaja yang saya mahu. agar besar nanti, saya tahu yang Dia tempat saya bergantung.

No comments:

Post a Comment